Resepi Popia Premium Tok Mat – #rasasekalipastinaklagi

RESEPI POPIA PREMIUM TOK MAT

dahulu dikenali sebagai POPIA AYAM CHEESE TOK MAT

 

BAHAN-BAHAN:-

  • Isi ayam 6 kg. ( buang kulit dan cuci bersih. Toskan )
  • Cendawan butang 3 tin ( racik halus / kisar ).
  • Bawang besar Holland 4 hinnga 6 biji [ saiz mega ]@ 1.5 kg ( potong dadu ).
  • Cili besar 10 biji ( buang biji kemudian potong dadu ).
  • Daun sup 3 bungkus ( hiris halus ).
  • Daun bawang 3 bungkus ( hiris halus ).
  • Lada benggala @ capsicum 1 biji [ saiz besar ] ( potong dadu ).
  • Telur 10 biji gred B, kalau gred AA 6 biji.
  • Parmesan cheese 250 gm.
  • Mozzarella cheese 2 kg.
  • Lobak merah 3 biji diracik halus [ memanjang ].
  • Sengkuang saiz sederhana 1 biji diracik halus [ memanjang ].
  • Isi ketam ( dibelah 4 ). Anggaran 6 hingga 7 peket
  • Serbuk lada putih 10 sudu besar.
  • Garam secukup rasa.
  • Kulit popia secukupnya. Anggaran 4 hingga 5 peket

CARA PEMBUATAN:-

  1. Sediakan mangkuk besar. Masukkan isi ayam yang telah dikisar hancur , gunakan pengisar khas atau boleh juga menggunakan ayam hancur yang dijual di pasaraya.
  2. Masukkan cendawan butang [ yang telah dikisar / racik halus ], bawang besar, cili besar, lada benggala, daun sup, daun bawang, lada putih, parmeson cheese, telur dan masukkan garam secukup rasa ke dalam adunan. (Saya memang tak dapat untuk memberi sukatan tepat untuk sukatan garam). Gaul rata. Untuk merasai adunan tersebut menepati citarasa & selera kita, gorenglah sedikit adunan tersebut. Jika rasanya ok… maka ngamlah tu… kalau kurang garam, tambah je garam….
  3. Sebaiknya memakai sarung tangan plastik untuk mengelakkan adunan mudah rosak.
  4. Sediakan kulit popia. Letakkan sesudu adunan ayam, sesudu mozarella cheese [ ikut citarasa masing2 ], sengkuang dan lobak merah yang telah dihiris memanjang serta isi ketam. Gulung dan lekatkan kulit popia dengan campuran tepung dan sedikit air.
  5. Buat sehingga habis. Adunan ini menghasilkan popia dalam anggaran 200 biji hingga 230 biji popia dengan purata berat 50 – 55 gm sebiji.
  6. Panaskan kuali non stick menggunakan api kecil. Bubuh sedikit minyak. Masukkan beberapa biji popia ke dalam kuali.

 

TIPS SEMASA MEMBUAT POPIA:

 

  1. Pastikan cendawan butang dalam tin tersebut dibasuh terlebih dahulu. Kemudian rendamkan dengan air panas sebelum dikisar / diracik halus.
  2. Mozarella cheese ini perlu dinyah bekukan terlebih dahulu sebelum digulung bersama adunan ayam.
  3. Gunakan tepung bercampur air untuk disapukan ke kulit popia bagi memastikan kulit popia melekat dengan baik.
  4. Popia yang telah digulung sebaiknya dibalut dengan plastik dan disimpan segera ke dalam peti sejuk atau freezer untuk mengelakkan kulit popia basah dan rosak

 

SOS POPIA

  1. Sos cili Maggie dalam plastik 1.5kg
  2. Segenggam kurma buang biji [ untuk menghasilkan sos yang sedap sebaiknya guna kurma yang berkualiti ].
  3. Cili padi 10 hingga 12 biji
  4. Cili besar 8 biji
  5. Bawang putih 3hingga 4 ulas (saiz sederhana)
  6. Gula (brown sugar) rendah glisemik ±400 gm
  7. Garam secukup rasa

 

CARA PEMBUATAN:-

  1. Kisar bahan 2, 3, 4 & 5 dengan mencampurkan 2 cawan air. Selepas dikisar, tapis bahan kisar ini & buang biji cili tersebut.
  2. Sediakan dahulu periuk “non stick”, (boleh juga pakai periuk biasa tapi sos akan mudah hangit). Masukkan bahan yg telah dikisar tadi bersama sos cili Maggie dan gula merah. Kacau sos sentiasa menggunakan api yg kecil.
  3. Biarkan sos mendidih dan masakkan sos sehingga pekat dan warnanya agak gelap sedikit. Bubuh garam secukup rasa .

 

DI BAWAH INI DISERTAKAN GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN RESEPI INI

GAMBAR-GAMBAR AKAN DIMUAT NAIK SEDIKIT MASA LAGI. HARAP MAKLUM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *