Resepi Donut PKPP Keluargaku

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali….

Kali ini saya akan kongsikan Resepi Donut PKPP Keluargaku yang telah dihasilkan oleh isteri saya sewaktu PKP baru-baru ini. Selalu dia buat donut, tetapi macam biasalah…. donutnya akan keras sedikit jika donut dah sejuk…. apabila isteri mendapat satu kaedah baharu membuat roti yng gebu daripada adiknya, iaitu Andak… dia mencuba resepi membuat roti tersebut menggunakan kaedah tang zhong @ water roux…. bagi kami pula, saya & isteri memang akan menginovasikan resepi yang diperolehi dengan cara kami sendiri….

Akhirnya, terhasillah Donut PKP Keluargaku yang gebu ini…. Alhamdulillah…. donut tersebut akan tetap gebu & lembut biar pun sudah sejuk…. anak2 terasa nak makan donut setiap hari….

Jadi, saya akan kongsikan resepi membuat donut ini untuk kegunaan bersama…. biar pun bukan saya yg membuat donut ini, tetapi apabila saya membaca kaedah pembuatannya, macam agak leceh & cerewet sedikit…. tapi anak saya, Nasyirah boleh tahu kaedah pembuatannya kerana dia selalu membantu ibunya membuat donut ini.

Gambar di bawah ini adalah hasilan pembikinan donut tersebut….

Resepi Donut PKPP Keluargaku

BAHAN-BAHAN:-

▶️ 4½ cawan tepung gandum ( jenama Ros )

▶️ 1 cawan air suam

▶️ 2 sudu besar minyak jagung

▶️ 3 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan jika tidak suka manis)

▶️ 2 sudu besar susu cair @ full cream milk

▶️ 1 sudu kecil serbuk penaik

▶️ Tangzhong / water roux

– 4 sudu besar tepung gandum

– 6 sudu besar susu cair

– 6 sudu besar air

▶️ 1 sudu besar shortening

▶️ 1 sudu kecil ovalatte

▶️ 1 paket yis mauripan@ 11gm

▶️ 1 biji telur (gred A)

▶️ 1/2 sudu teh garam secukup rasa

 

CARA MEMBUAT TANGZHONG / WATER ROUX

Masukkan tepung , susu dan air ke dlm periuk. Kacau rata supaya sebati  sblm dimasak di atas api. Guna api perlahan / kecil. Kacau sehingga tepung menjadi kental.

[ Ketepikan ]

 

CARA MEMBUAT DONUT

  1. Ayak tepung bersama “baking powder”. Masukkan gula, yeast, garam, shortening dan ovalette. Gaul rata sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti.
  2. Pecahkan telur ke dalam adunan tangzhong, masukkan susu dan air suam. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan adunan No 2 ke dalam adunan tepung. Uli sehingga adunan bersatu.
  4. Bila dah sebati, masukkan minyak jagung dan uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Doh memang agak lembik.. Tutup adunan guna tuala dapur atau plastik “cling” dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Bila dah naik, tumbuk-tumbuk doh dan buat bulat-bulat dan timbang / bahagikan doh mengikut berat/saiz yg dikehendaki.
  7. Ambil sebiji doh, tekan sedikit dan buat lubang di tengah. Buat sehingga habis. Bila donut dah mengembang atau ringan, goreng di dalam kuali menggunakan api perlahan.
  8. Bila dah masak, golekkan donut dalam gula halus atau boleh juga dihias menggunakan topping yg disukai.

 

TOPPING DONUT.

  • 250 gm Coklat compund / coin  jenama Berryls (dark, white dan strawberry)
  • 1/2 cawan susu full cream milk
  • 1 sudu teh shortening

 

CARA MEMBUATNYA:

  1. Panaskan susu di dlm kuali tak melekat. Guna api kecil. Masukkan coklat. Kacau rata supaya susu bercampur dgn coklat. Kacau berterusan supaya tak berketul. Masukkan shortening untuk berkilat. Tutup api. Kacau rata. Sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  2. Ambil donut dan celupkan separuh ke dlm toping coklat tadi. Boleh hias atau tabur hiasan kesukaan seperti nestum, kuaci atau badam.

 

Demikianlah resepi serta kaedah pembuatan Donut kami ini…. untuk menghasilkan donut ini, isteri telah mencuba beberapa kali, barulah berjaya menghasilkan donut yg gebu ini… ada rakan beritahu bahawa donut kami ini setaraf dengan Donut Big Apple…. entahlah… itu adalah pendapat mereka yg telah menikmatinya…

Saya mengharapkan, sesiapa yg berjaya membuat donut ini, untuk berkongsi komen serta kejayaan atau kegagalan mereka sewaktu menghasilkannya di ruangan komen dalam blog ini.

Akhirnya, saya mendoakan kejayaan buat semua yg mencuba resepi ini.

Terima kasih.

25 Jun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *